Pages

Nov 30, 2013

Bulan pun nak bermadu




Peribahasa Bulan madu.. erm ada tak yag tak tahu maksud dia. Okay terangkan jugak lah, bulan madu maksud dia , orang yang pergi merayakan setelah perkahwinan nya..Biasa kan? 



Nov 29, 2013

Cikgu Ketam




Peribahasa harini ialah seperti Ibu Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus maksudnya seseorang yang cuba mengajar orang lain tapi dia sendiri tidak betul.

Sejujurnya , saya lihat di laman sosial sekarang ramai yang begitu. Setuju tidak?
Bukan main lagi ajar orang sendiri tak betul.

Ada Udang Di Sebalik Batu






Maksud Pepatah melayu ini ialah ada sesuatu maksud yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan atau perkataan.



Nov 28, 2013

Tikus Baiki Labu

Maksud peribahasa Tikus Baiki Labu ialah hendak membetulkan barang yang tidak dia sendiri tidak tahu , akhirnya semakin rosak.


Siapa yang Makan Cili , Dia Yang Terasa Pedas





Maksud pepatah melalui gambar ini ialah Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya ialah siapa yang buat salah dia lah yang terasa.

Biasanya saya tengok masyarakat kita ni banyak kepada ayat sindiran lah kan..kita pakai ayat sindiran lepas tu siapa terasa dia lah tu.


Sarcastic.

Tapi kadang-kadang lah kan.Being sarcasm ni seronok.
Haah macam saya selalu kene lah. memang SERONOK.

Pahat dengan Penukul




Kisah ini menceritakan tentang si pahat yang sangat malas. Setiap kali si penukul suruh buat kerja baru dia buat. Kalau tak di suruh jangan harap dia nak buat kerja dia. Itu lah maksud pahat dan penukul. Sadis kan?
Saya pun kadang-kadang macamtu juga . Biasanya kalau dah tahap malas gila..memang apply la peribahasa ni. Yeah 10 markah untuk saya.Ok enjoy guys!

Hati Batu / Keras Hati




Maksud hati batu ialah sangat sangat degil. 

Pada suatu hari , si Batu sangat berkeras terhadap si Hati ini. Jadi si Hati tak tahan. Dia minta break. 

Sedih tak?



Kacang Lupakan Kulit




Maksud peribahasa Kacang Lupakan Kulit ialah orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

Di antara kita kenal mesti ada orang macam ni kan?
Apa pendapat anda sekalian..kenapa mereka jadi begini?

Apabila dua ayam bertemu




Simpulan bahasa gambar ini tentang Cakar Ayam dan Kaki Ayam.
Cakar ayam bermaksud tulisan yang terlalu buruk.
Kaki Ayam bermaksud berjalan tanpa kasut.